Monday, 2 May 2016

Aktiviti yang disediakan

  • Aktiviti-aktiviti perkhemahan
  •  Mengenali jenis-jenis Tumbuh-tumbuhan
  • Orienteering
  • Larian berhalangan
  • Persembahan hiburan
  • ceramah perhutanan dan seminar
  • kem Jati Diri
  • Kembara Malam

Fasiliti yang disediakan

  • Pusat Informasi dan Kantin
  • Tiga buah calet dengan kapasiti 12 orang pada satu-satu masa bagi pengunjung yang mahu bermalam di sana
  • Bilik persalinan, tandas dan pondok rehat bagi membolehkan pengunjung berehat sambil menikmati makanan




                            Papan kenyataan




             Pusat informasi/dewan berkumpul


  • Jambatan turut dibina menyeberangi sungai yang melalui kawasan ini dengan menghubungkan tiga pondok rehat yang disediakan
  • Pihak pengurusan juga menyediakan banyak "denai hutan" bagi kemudahan pengunjung khususnya mereka yang menggemari aktiviti rentas hutan.


                       Tapak Perkhemahan  


                         Kawasan BBQ



                       Tempat letak kereta



                                      Dewan 















Hutan Lipur Kawang telah diwartakan pada 16 Mac 1957. Penubuhan kawasan tersebut adalah bertujuan untuk mengekalkan kawasan hutan tua sebagai habitat kepada flora dan fauna serta menjadi kawasan tadahan air kepada penduduk tempatan yang tinggal berhampiran. Hasil hutan di kawasan tersebut juga boleh digunakan oleh penduduk tempatan untuk dijadikan sumber makanan dan pendapatan. Hutan Lipur Kawang ini terletak di Kampung Tanaki yang mempunyai jarak sejauh 30km dari bandaraya Kota Kinabalu dan 23km dari Pekan Papar.

Hutan Lipur Kawang ini mempunyai keluasan 1,551 hektar dengan topografi berbukit pada ketinggian 250 – 2,000 kaki (83,33 meter – 666,6 meter). Di Hutan Lipur Kawang ini terdapat 19% hutan tua, 69% hutan sekunder, 8% hutan belukar dan 4% kawasan lapang. Kini, Hutan Lipur Kawang ini adalah di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Sabah yang terletak di Kimanis.

Pada tahun 1984, Hutan Simpan Kawang ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Domestik Kelas III dan telah dibangunkan secara intensif pada Mei 1998 dan siap pada Ogos 1999. Pembangunan tersebut telah menerima peruntukan dari pada pihak Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) dengan kos kira-kira RM1 juta dan dilancarkan oleh Ketua Menteri, Datuk Panglima Osu Sukam pada bulan 10 April tahun 2000.